Skip Navigation


HABBATUSSAUDA - Bagaimana Habbatus Sauda Berperanan

1. BAGAIMANA HABBATUS SAUDA’ BERPERANAN

Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bakteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.

Sementara habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik. Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak.

Ia membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.

Habbatus sauda tidak merbahaya malah selamat dan amat berkesan digunakan oleh semua golongan masyarakat. Tiada jangkitan atau kesan sampingan jika mengambilnya dalam dosej yang disyorkan. Dosej ini bertujuan mencegah atau merawat penyakit dan pengambilannya bergantung pada masa dan sukatannya. Kesannya akan terserlah melalui pengambilan yang ditetapkan dan hasilnya boleh dinikmati dalam jangkamasa pendek. Habbatus sauda secara amnya membantu sistem semulajadi manusia mengekalkan kesihatan. Ia bertindak pada bahagian tubuh yang bermasalah dan memerangi punca utama penyakit tanpa mengganggu sistem tubuh yang lain. Ia bertindak mengawal sistem ketahanan tubuh dan mengatasi penyakit yang teruk, beralahan dan berhormon. Kesannya bukan sahaja melegakan masalah kesihatan malah menambah sistem ketahanan tubuh terhadap penyakit.