Skip Navigation


MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) - Aturan Makan

Cara Mula Mengamalkan MAB bagi semua peringkat usia:-

Dinasihatkan supaya dilakukan ujian air kencing kehamilan (urine pragnency test) untuk memastikan yang anda benar-benar tidak hamil.

  1. Bagi yang lepas pantang
    Mula makan hari ke-44 dalam pantang. Semasa makan MAB ini segala ubatan dalam pantang hendaklah di berhentikan. Ini kerana campuran ubatan dalam pantang sudah panas dan jika di campur dengan MAB akan menyebabkan badan anda akan merasa lebih panas lagi dan akan memberi kesan kepada bayi yang anda susui.

  2. Bagi yang merancang sendiri
    Mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period

  3. Bagi yang menggunakan pil perancang
    Bagi yang ambil pil perancang (OCP) ingin bertukar ke MAB, perlu habiskan dahulu pil perancang (OCP) yang anda makan,sudah habis rehat 7 hari dan pada hari ke 8 terus makan MAB (tidak di galakan makan terus MAB tanpa rehat 7 hari))

  4. Bagi yang menggunakan IUD/Implanon (seeloknya buang dahulu alat tersebut):-
    Kes yang tidak ada period
    - dapat MAB boleh terus makan

    Kes IUD yang belum expired & ada period
    - mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period

  5. Bagi yang menggunakan injection
    Perlu pastikan dosenya telah expired dan ada period:-
    - mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period

    Kes yang tidak ada period:-
    - dapat MAB boleh terus makan

  6. Selepas keguguran mulakan serta merta makan MAB terus.

CARA MAKAN MAB:-

1. Makan 1 biji sehari sahaja bersama air suam panas untuk melawaskan pembuangan angin dalaman dan mempercepatkan proses pencernaan maajun di dalam badan agar khasiat dapat meresap dengan lebih cepat ke dalam badan.

2. Makan selama 21 hari sahaja (1 botol). Apabila telah habis 21 biji rehat selama 6 hari. Untuk sambung botol seterusnya ambil pada hari yang sama last makan botol pertama. Contoh : Jika habis botol pertama hari ahad, sambung makan juga hari ahad. Dengan cara begini lebih mudah untuk ingat.
PERINGATAN PENTING:-

--> Sekiranya anda terlupa makan pada malam hari, bila tiba waktu pagi ke esokan hari terus makan 1 biji sahaja dan pada waktu malam hari yang sama 1 biji pula. Tidak boleh makan 2 biji terus, bimbang akan memudaratkan kesihatan.

--> Pastikan anda makan pada waktu-waktu yang tepat dalam tempoh 24 jam. Ini kerana MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam sahaja, oleh itu berhati-hati tempoh gap makan supaya tidak melebihi 24 jam. Jika syarat ini tidak dipatuhi ianya kurang berkesan utk di jadikan family planning.

-- > Jika sedang makan MAB didatangi period, jangan berhenti, terus habiskan 21 biji dan berhenti selama 6 hari sebelum sambung botol seterusnya.

--> Semasa makan MAB, di nasihatkan agar segala ubatan tradisional dan ubatan yang mengandungi SPIRULINA tidak boleh di ambil sekali. Ini kerana kandungan dari bahan-bahan tersebut akan memudaratkan kesihatan anda.

--> Minuman yang mengandungi pra campuran dan kafen yang kuat tidak boleh di ambil. Ini kerana MAB mempunyai kandungai herba yang tinggi jika di campur dengan minuman berkafen tinggi akan membuatkan anda merasa pening, loya, sakit kepala teruk, haid tidak teratur dan panas badan.



Maajun Anggun Bistari-MAB

Maajun Anggun Bistari-MAB
MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) | MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) » Konsep&Tindak Balas | MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) » Khasiat & Lain-lain Kegunaan MAB | MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) » Aturan Makan | MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) » Soalan Lazim (FAQ) | MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) » Testimoni Pengguna

Untuk kesihatan luaran dan dalaman wanita yang berusia 18tahun ke atas.

Kandungan : 21 biji
Untuk kegunaan sebulan makan.

RM 21.00
 
Pages: | 1 |