PENGUMUMAN:- PIHAK ADMIN KEDAINIAGA.NET SUDAH MULAI BERCUTI BERSALIN SELAMA 3-4 MINGGU MULAI 12/4/2012. SEGALA TEMPAHAN MELALUI WEBSITE INI JIKA ADA, PROSESNYA AKAN DISEMAK SELEPAS ADMIN HABIS BERPANTANG. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS SMS ADMIN. HARAP MAKLUM!
KedaiNiaga.net menjual pelbagai kolesksi Abaya daripada Timur Tengah. Koleksi yang kami bawakan elegant, klasik dan ekslusif. Koleksi Abaya kami terdiri daripada pelbagai jenis material yang berkualiti dan insya Allah anda mampu memilikinya.
Abaya adalah pakaian muslimah seakan jubah yang dipakai diluar pakaian biasa. Tujuan utama adalah untuk memelihara aurat wanita islam supaya tidak terdedah pada pandangan apalagi kalau ia untuk menampilkan bentuk badan atau kecantikan seperti islam perintahkan muslimahnya agar menjaga kecantikan mereka dari pandangan lelaki kecuali pada lelaki yang dibenarkan syarak (suami dan mahramnya). Ada yang mengatakan kebaya adalah korupsi dari abaya.
- Muslimah dikehendaki memakai pakaian yang tidak mendedahkan aurat mereka, bentuk badan atau seumpamanya.
- Abaya hitam biasa dipakai dinegara negara timur tengah, khususnya di negara negara teluk termasuk Saudi-Arabia, Kuwait, Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu dan negara sekitar.
- Abaya putih– Abaya ini popular di negara negara islam timur jauh seperti Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikisatan, Azerbaijan dan negara negara sekitar.
- Abaya warna pula dipakai muslimah muslimah dari Jordan, Syria, Turkey and negara negara barat dan sekarang telah mula diterima oleh profesional muda dari negara negara islam seluruh dunia. Pereka pereka pakaian turut menambah sequin, sulaman dan batu batuan hiasan seperi batu svarowski bagi penampilan yang lebih anggun. Wanita tetap wanita……mereka lebih selesa kelihatan anggun dan terampil. Apa sslahnya selagi aurat terjaga
- Rayon/Polyester and Crepe adalah fabrik yang paling lazim digunakan. Pun begitu kain kapas, sutera, satin dan chifon semakin diterima terutama dinegara negara islam yang lebih panas.
Jadi apakah dia hijab, khimar, niqab, jilbab, and burqa?
- Hijab – semua pakaian yang memenuhi tuntutan Allah , biasanya dikaitkan dengan tutup kepala.
- Khimar – tutup (tudung) kepala berbentuk tiga segi.
- Niqab – tutup muka (nampak mata)
- Jilbab – Kot yang melitupi seluruh badan kecuali tangan dan kepala
- Burqa – menutup seluruh badan dari kepala ke kaki.
(sumber artikel: Beautiful and Elegant Abaya-Jalinan Timur Enterprise)
Recent Comments